Cari Blog Ini

Khamis, Disember 30, 2010

akhirnya, penantian selama 14 tahun berkahir.

inilah barisan kita,
yang ikhlas berjuang,
siap sedia berkorban,
untuk ibu pertiwi,
sebelum kita berjaya,
jangan harap kami pulang,
inilah sumpah pendekar kita,
menuju medan bakti,
andai kata kami gugur semua,
taburlah bunga diatas pusara,
kami mohon doa,
Malaysia berjaya.....
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti...

MALAYSIA...MALAYSIA..MALAYSIA...

yahoooooooooooooooOOOOooooOOOOoOOOOoooOOOO..
wah, happy gila mood hari ni, semua rakyat Malaysia pun mesti happy dgn kejayaan Pasukan Malaysia menjuarai kejohanan piala AFF suzuki ni.huhuhhu

jutaan tahniah kepada seluruh pasukan Malaysia, dari barisan pemain sehinggalah jurulatih dan pengurus serta pegawai2 pasukan Malaysia,,korang memang best..huhuhuhu

aku nk ucapkan tahniah kepada seluruh wira-wira Malaysia yang telah berjaya
  1. Khairul Fahmi
  2. Sabre Mat Abu
  3. Muslim Ahmad
  4. Fadli Shas
  5. Asraruddin
  6. Safiq Rahim (C)
  7. Amar Rohidan
  8. Ashaari
  9. S Kunalan
  10. Safee Sali
  11. NorSharul Idlan Talha
  12. Amri Yahya
  13. Amirul Hadi Zainal
  14. Mahali Jasuli
  15. Razman Roslan
  16. K Gurusamy
  17. Faizal Abu Bakar
  18. Sahrbinee Alawee
  19. Faizal
  20. Izzaq
  21. Khairul Helmi
  22. Khyril Muhymeen
Dan tidak LUpa kepada jurulatih K.Rajagopal dan pangurus pasukan Subhan..dan semua barisan jurulatih dan para pegawai pasukan Malaysia.



kejayaan manis untuk pasukan Malayisa
setelah berjaya merangkul kejuaraan terbesar di benua Asia Tenggara





Dengan kejayan ini ,
rakyat Malaysia telah diberikan cuti
pada 31 Disember ini..yahooooo lagi..
hahahaaha

Rabu, Disember 29, 2010

Inilah harinya, Penentuan Kejuaraan Piala AFF suzuki



malam ini adalah penetuan kejuaraan piala bola sepak tertinggi bagi rantau Asia Tenggara.

berdebar betul nak tunggu game malam ni, tak sabar pulak aku nak tunggu kol 8 malam ni,hahaha..

semoga pasukan Malaysia akan menjuarai kejohanan ini..amin..


MALAYSIA BOLEH



tak dapat nak tngk kat skrin besarla,
sebab kat tempat aku ni tak de sapa nk wat,
terpaksa la tngk kat kedai mamak dgn LCD 42 inci jerk,,huhuhh
nk tngk kat rumah takder feel, coz ader baby kecik..hahaha

korang tengk kat ner?
tak kisahla dimana pun kan,
marila kiter mendoakan kejayaan pasukan Malayisa..








Isnin, Disember 20, 2010

Pentas Final AFF suzuki cup.

akhirnya....
pasukan Bola Malaysia telah bejaya melayakkan diri ke final
kejohanan AFF suzuki cup.
yahooo...

tak dapat nak tngk live kat tv game kat Hanoi hr tu,
kene g KLIA pulak,jemput orang balik HAJI.
tp klu tngk live mesti berdebar gila la,
aku tngk ulangan pun memang teruk team Malaysia kene attack.puhh, dahsat.
nasibla disiplin di bahagian pertahanan dapat dikekalkan oleh pasukan Malaysia.
kecermelangan keeper pada hr tu juga telah membantu kejayaaan pasukan Malaysia.

tahniah kepada pasukan Malaysia,
final nnti pasukan Malaysia akan bertemu Indonesia.
26 hb ni di Stadium Bukit Jalil,
ayuh kite ramai2 penuhkan stadium.
sokong pasukan kiter,

Malaysia BOleh........


Khamis, Disember 16, 2010

Sebelah Kaki Lagi....

tahniah la untuk pasukan bola sepak Malaysia,
dapat kalahkan vietnam 2-o untuk separuh akhir pertama kejohanan bola sepak AFF suzuki ni..

2 gol, dari Safee Sali, adalah satu bekalan untuk dibawa ke Hanoi untuk semi final kedua pulak..
cabaran besar jugak buat skuad negara nk g hanoi nnti.

Semalam aku tak dapat nak g Stadium Bukit jalil, agak jauh jgkla, lagipun main masa hari bekerja.
tp mlm tadi layan kat stadium (kedai makan) area aku ni sonok jgkla, ramai gak yang lepak situ, meriahla juga. klu tngk kat rumah, tak dapat nk menjeritla bila time gol tu..huhuhuhuu

Semoga pasukan Malaysia dapat mengekalkan momentum permainan pada malam tadi untuk dibawa ke game semi final kedua di vietnam nnti,

korang sokong pasukan Malaysia tak mlm tadi?
sokongla pasukan bola kiter, sapa lagi nk sokong klu bukan rakyatnya sendiri..
bukan apa, mlm tadi aderla sorang rakyat malaysia ni yng tak menyokong pasukan Malaysia ni, asyk nk kritik jerk, tension jgk dgr.

semoga pasukan Malaysia dapat melayakkan diri ke Final dan menjadi juara untuk membuat satu lagi sejarah untuk Bola Sepak di Malaysia..Aminnnn.....

Jumaat, November 19, 2010

Terkeluar La Pulak.


adoiyai..fav team aku ni terkeluar jgkla akhirnya,
kesilapan mereka dalam memilih cabaran di lencongan tu yang
membuat satu kesilapan yang besar,

ader ker patut nak carik nama kat area kubur yang besar tu.
bnyk buang masa jerk.team lain semua wat cabaran yang senang.
lagi satu cabaran tu bukan susah pun,
just jln 50 meter sambil bawak barang atas kepala.
ahaks........

suspen jgkla mlm tadi punya episod,
semua menamatkan cabaran dengan perbezaan masa yang dekat jerk.
apa-apa hal pun tahniah la untuk team Malaysia.
hairi dan ethan.
bertahan untuk minggu yang ke 9 dalam amazing race pun hebat jgkla.
lepas ni dah takder wakil Malaysia,
so tengok jerla saper yang menang.
yang tinggal sekarang ni,

team singapore,
team indonesia,
2 team filipina.

jom kiter saksikan amazing race Asia season 4,
dah nak masuk minggu ke 10 ni,
lepas ni dah final La.
dah nak habis la yerk.




Selasa, November 02, 2010

berhati-hati kepada awek2.. ; )

peringatan pada kaum hawa. mesti baca
Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.
Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


sajer jer nak berkongsi..
tapi modus operasi ni agak berbahaya jgkla..mcm logik jgkla..
ish makin gempakla en penjenayah skrng n..
berhati - hatila...

Jumaat, Oktober 15, 2010

Amazing Race Asia



saper layan amazing race ni??
hahaha,,syok kan.
sekarang dah masuk season ke 4 dah.

malam tadi depa berlumba kat area sri Lanka,
macam2 aksi la.
tp paling kelakar bagi aku partner husband and wife, hida and ivan.
dari minggu pertama sampai ke minggu ke 4, ader je aksi yang boleh wat gelak.

tapi first team aku sokong hairie dan ethan(sebab dari Malaysia)
dan second team hilda and ivan,diorang ni banyak luck la.

mlm tadi team dari hong kong dah terkeluar (alan n wendy).
diorng ni takder persefahaman la,(nama je pacaran)hahahaha

jom kite tengok amazing race asia season 4
di channel AXN,kol 9 malam. hari khamis.


Isnin, Oktober 11, 2010

mari berfikir..


macam mana aku nak lajukan kipas ni yerk..
boleh pinjam remort control.....



just for fun.

kenapa tak boleh ELOK.

heran dan pelik jgkla aku..hari dah masuk minggu ke 2 traffic light kat area tempat aku ni tak boleh pakai lagi.
kawasan tu adalah laluan utama jgkla.laluan nak ke sekolah,nak ke pekan.nak ke jabatan kerajaan.anyway laluan utama aku nk hntr adik aku g sekolah,nk g ofis aku..ish..ish..

teruk sangat ke kerosakannya.!!!!!

pasal kerosakan traffic light ni, satu nyawa telah melayang(al-fatihah),
satu kemalangan jgk telah berlaku, nasibla tak mati.

selepas ade kemalangan yang maut tu, elok sekejap..tp keesokannya rosak balik.
sibuk sngt ke (jabatan yang terlibat) sampai tak sempat nak membaikinya.
takkan nak tunggu sampai ramai lagi yang kemalangan.

pagi tadi aku lalu lagi kat jalan tu, ingt dah elokla, tp lagi teruk, sampai tak menyala langsung lampunya, sebelum ni ada gak lampu kuning tu berkelip-kelip.

dalam masa 5 ke 6 hari takkan takder tindakan nak diambil kot. paling koman mintak la polis traffic jaga lalulintas pada waktu2 kemuncak. ni polis pun tak nampak bayang.

yang ni pun satu hal, boleh wat punca eksiden..
sikap pemandu , macam cilakak jerk.
dah tau kawasan tu simpang empat bagila keutamaan pada laluan utama dulu, ni tak semua nak main keluar kepala dulu, badjet kenderaan dari laluan utama tu nak slow, kalau kereta okla lagi, klu lori, tak sempatnya nak brek, mau terbabas jgkla. macam tak pernah lalu simpang empat yang takder traffic light jerk.

pagi tadi, aku melakukan rutin harian, hantar adik aku pergi sekolah, smpi kat traffic light rosak tu dptla aku stop yang bahagian depan sekali,belakang aku ader makcik tu, boleh pulak ader makcik tu main hon-hon, padahal kereta kat laluan utama tu punyala banyak lagi, tak reti sabar, klu dah tersangkut kat tgh jalan tak ke naya,
bila dah area traffic light, mestila kawasannya besar, nak keseberang kene lintas dalam 6 lorong jgkla. elok belah kanan kosong, tak tentu belah kiri tu kosong, tu yang boleh tersangkut kat tengah2 jalan. aku selaku pemandu berhemah dan telah membawa penumpang(adik aku yang akan mengambil exam PMR) haruslah memastikan jalan tu betul2 selamat, barula aku melintas. elok jerk melintas, aku slowkan kerta, nak usha makcik yang kelam kabut tu. tak berani lak dia nak pandang aku. sabar jerla.


harap2, hari ni elokla traffic light tu,
tak derla menyusahkan pengguna-pengguna.
aku bukan apa, taknak la ader yang mati lagi disebabkan kerosakan itu.
pasal warga emas yang mati tu, ayah kawan aku..alfatihah.

Selasa, September 28, 2010

Sukan Komanwel 2010

sukan komanwel adalah sukan yang diilhamkan oleh british..
penyertaan sukan ini adalah terhad kepada setiap negara yang pernah dijajah oleh british.
sukan ni lain sikit, sebab tak melibatkan kedudukan geografi setiap negara, seperti sukan sea or sukan asia..

Malaysia pernah menjadi tuan rumah untuk sukan komanwel ke 6 pada tahun 1998.
tetapi untuk edisi kali ke-9 ini, New Delhi telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun 2010.

tapi belum lagi bermula kejohanan macam2 hal telah berlaku..yang terbaru aku baca, jumpa ular tedung cobra pulak kat area tenis. tak ke naya, elok2 tengah main tenis, kene patuk pulak oleh ular tedung tu,,boleh bawak mati woo..

gambar dipetik dari kosmo ular tedung cobra.

sebelum tu, ada juga report dari atlet afrika kot tak silap, jumpa ular kat bilik tidur dia, makin takut la atlet nak beraksi lepas ni.huhuhuu

semalam agak kelakar jugakla. ade pulak katil patah kat perkampungan sukannya. atlet angkat berat india kot yang baring atas katil tu, maybe depa pasang katil rejectla ni, sekali yang dok baring kat situ orang yang berat habis lah patah katil tu.kuikuikui.
masalah-masalah..

ramai jugak atlet yang bertaraf dunia telah tarik diri, macam usain bolt, rugila kalau tak dapat nak tengok dia berlari, laju gila dia lari, aku rasa rekod dunia yang dia pegang tu, akan dipecahkan oleh dia sendiri.



usain bolt dengan masa larian terpantasnya

banyak lagi atlet2 hebat telah menarik diri, maka telah hilangla seri sukan komanwel pada kali ini.

ancaman-ancaman keselamatan dan kesihatan telah menjadi punca utama begitu ramai atlet telah menarik diri. tak pasal2 sampai kat sana terus jadi tebusan, takpun balik2 dari habis kejohanan kene demam denggi, sebab mengikut rekod, India adalah negara yang mencatat rekod jangkitan demam denggi yang tertinggi lak tu.



Bolehkah pasukan Malaysia mencapai sasaran?
harap-harap atlet Malaysia bersedia dari segi fizikal dan mental.
Malaysia boleh kan!....


Isnin, September 13, 2010

pembunuhan yang tragis..

"ingat kisah bunuh macam ni hanya dalam filem jerk, tak sangka dalam dunia realiti pun ade" kate adik aku..

ngeri betul bila dengar kisah pembunuhan datuk sosilawati dan 3 yang lain.
makin berani orang2 zaman skrang ni..dahsyat2. (ade unsur pengaruh fiem jgk kot ni, nak hilangkan bukti kan)...

setelah dibelasah dan dibunuh..
keempat-empat mangsa dibakar pulak..
dah di bakar, di buang lak abunya ke dalam sungai..uish..ngeri betullla..
dah macam tengok citer tamil lak cara pengebumiaannya..


harap2 di jauhkan la dari perkara2 macam ni..
manusia semua akan mati.
hidup di dunia hanya sementara..

notes : bahaya jgk kan bila dah jadi kaya ni,,banyak lak yang dengki.

Khamis, September 09, 2010

cerita hari raya pertama..

mesti banyak kenangan kan masa raya ni..
ader yang manis ader yang pahit..
tp aku ader kenangan pahit kira-kira 12 tahun yang dulu la jgk.

selalu aku beraya pertama di kampung.sebab masa tu masih ader atuk n nenek lagi..
sepertia biasala..
bangun pagi dalam kol 7 pagi...
pergi mandi sunat aidilfitri,
bersiap pakai baju raya ..luper lak aku warna apa tema masa tu..
lepastu pergi makan lauk-lauk wajib di pagi hari raya.apa lg klu bukan rendang..hehehehe..
selepas makan bermaaf-maaffan.best lagi masa ni sebab dapat duit raya..huhuhu..tak nangis pun masa salam..happy jerk..hehehehe


dah siap segalanya..
yang lelakinya bergerak la ke surau di hujung kampung,
kat kampung aku ni..memang raya pertama dah ada baraan.
pergila setiap rumah..masuk umah ni makan,makan.masuk umah ni makan..macam-macamla makanan dah masuk ke dalam perut ni..

sampai jer satu umah ini, aku dah kenyang, tapi still naik lagi umah ni,
mana tau dapat duit raya bila balik nanti,
aku tak masuk umah makan,just lepak kat beranda jerk..
aku carik port kat area beranda tu,nak duduk..
dapatla satu port duduk atas palang kayu yang owner umah ni wat mcm penghalangla jgk.
elok aku duduk dalam 2 saatla, cousin aku pun nak join,
tak sempat dia nak duduk....prappp aku dah jatuh kat bawah tanah..
pergh agak tinggila jgk. dari atas tanah tu..sampi ke beranda tu adala dalam 3 meter.
standard umah kampungla klu korang tau..
dah la jatuh atas batu tanah merah,
elok jer bwah kepala aku ader batu besar,boleh bocorla jgk kepala,
nasibla time jatuh tu kepala aku mendongak,takderla kene kat batu tu..
tapi bontot aku..pinggang aku memang sakit jgkla..
dah sudah jd kecoh kat umah tu..huhuhuhuhu

2 hari jgkla terasa sakitnya badan,akibat jatuh tu..
punca aku jatuh tu, sebab kayu tu tak berapa kuat di paku.tu yang jadi longgar, kayunya pun takder la besar sangat.
tahun berikutnya aku lalu kat umah tu, aku tengok dah siap dah berandanya, dah cantik lengkap dengan dinding sekali.hehehehe..thanksla owner umah..leh aku duduk situ lagi.hehehehe


aku join baraan sampai aku form2 jerk..
tahun berikutnya pergi sembahyang,terus balik umah..huhuhuh
tapi kalau aku nak balik kampung mesti aku tengok umah tu,,betul2 kenanganla.



bersyukur sangat tak ada apa yang patah masa tu,
klu tak beraya kat hospitalla jugak..hahahaha



p/s kalau nak duduk kat area beranda pastikan strukturnya kukuh..heheheheeh



selamat hari raya aidilfitri
..

Isnin, September 06, 2010

salam aidilfitri

bila dah nak raya ni..masing-masing nak hantar sms raya kat phone..
tp pada malam raya selalunya memang susahla nak dapat line..terlalu BZ..knp la? padahal masa tula bnyk onrg nk pakai prepaid..hahahahah(rugi-rugi)..

sekarang orang nak beli kada raya pun malas,,semua guna sms jerk..

antara mesej2 hari raya :-

Kambing ranggi nail LRT,
Katak Pisang tercekik tulang,
walau sms saja yang diberi,
itu tandanya ingatan tak hilang..
salam lebaran..maaf zahir dan batin.

mungkin ada lisan yang tak terjaga,
janji yang tak tertunai,
hati yang berprasangka,
dan salah yang pernah dilakukan,
mohon maaf zahir batin...

walau jauh bukan halangan,
sms dihantar tanda persahabatan,
ku pohon maaf selama berkawan,
salam aidilfitri tanda ingatan.

versi banjar..
tulak kakadai manukar hintalok,
wadai kipeng dihiga pangkin,
beraya kita mulai isok,
berilaan kita,jahir dan batin.
mahap leh dari kamek.


macam2 lagi jenis mesej ader kan,
yang penting kite saling bermaaf-maafan di hari lebaran ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mintak Maaf Zahir Dan Batin.

Selasa, Ogos 24, 2010

Sapa Yang tak Boleh Gelak, Sila Baca?

suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi...
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..



Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel...
Si isteri bertanya..pada si suami..
" Abang..buat aper beli burung tu...?! Kanmahal tu..!"
Suami menjawab..
" Alatakper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner...?"
Suaminya menjawab.." Awak cubala buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya...lalu. ..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "


mengandung anak gajah??????

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Adaseorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya.... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)

Lelaki:????? ??????




Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku..
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cubauntuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"



jus for fun jerk..
huhuhuhuhhu

Rabu, Ogos 11, 2010

iklan BRANDS

dalam kereta pagi tadi aku terdengar lak iklan ni..

"saya shahir,juara akademi fantasia musim ke 8"
"semenjak kini beban tugas saya semakin banyak"
"Bertambah-tambah lagi pada bulan Ramadhan ini"
"oleh itu saya telah meminum Brands ketika sahur dan ia telah memberi tenaga yang lebih kepada saya,untuk melakukan kerja"


(lebih kurang macam inila dialognya)



aku dengar iklan ni pada pukul 7.45 a.m(11/8/2010)
aku tergelak, terfikir,
sapa la yang wat dialog mcm tu,
tp tak salahkan dialog,
awal sngt iklan ni keluar,
klu hari ke2,3,4,5 dan seterusnya sampai 30 hb leh gak haku terima,
yerla shahir pun bru jerk jd artis tahun ni,
mungkin jgk hari pertama puasa dia sebagai artis hr ni,
kasila iklan yang agak logik sikit dengan situasi..hahahahahah




nota : selamat berpuasa kepada kawan-2 semua. salam ramadhan.

Selasa, Ogos 03, 2010

PENYAKIT TiBi


TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan



virus ini boleh membunuh jika tidak dikawal dengan rapi..
semalam kawan haku telah selamat kembali ke rahmatullah
disebabkan penyakit ini...
semoga roh arwah di cucuri rahmat....
alfatihah......

Isnin, Julai 26, 2010

MEMOHON KERJA DI TEPI JALAN

Keratan akhbar Kosmo :

STOKE-ON-TRENT, England - Seorang penganggur, Mark Wheeldon berumur 23 tahun yang memegang kayu mengandungi poster meminta pekerjaan bertuah kerana akhirnya dia mendapat kerja selepas 20 minit dia ditemu duga oleh seorang ahli perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini dia menganggur selama dua tahun. Dia mempromosikan dirinya di tepi jalan di sini bagi meminta pekerjaan selepas bosan hidup dengan mendapat elaun sara hidup kerajaan.

Selepas tiga jam berdiri dengan memegang poster itu, seorang ahli perniagaan yang merupakan pengarah sebuah kilang, Vince Champion menghampirinya setelah dia melihat lelaki tersebut dari keretanya.

Dia kemudian membawa Mark ke pejabatnya dan menemuduganya selama 20 minit sebelum menawarkannya bekerja di sebuah kilang membuat bingkai.

Menurut pengarah kilang itu: "Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 8 pagi, saya melihat Mark berdiri dalam hujan memegang kayu poster itu untuk meminta pekerjaan.

"Saya berpendapat, jika terdapat seseorang yang sanggup berdiri dalam hujan, dia mesti nekad untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut pandangan saya, dia akan menjadi aset untuk mana-mana syarikat." - Agensi3


betul-betul bertuah la beliau ni..
haku berpendapat,klu kat Malaysia ader ke orang nak wat mcm ni kan,
tapi kalu ader yang berani nak mencubakan,
mana tau dapat jumpa ceo KLCC ker,
Manager kilang sarung tangan ker.
huhuhuhhu
tapi kat malaysia ni demontrasi jalanan aderla banyak berlaku,


tak berapa reti nak edit..huhuuu


Jumaat, Julai 23, 2010

Murahnyala Rezeki Hari ni

Hr ni jimat haku tak yah nk breakfast kat luar..
kat ofis aku pg ni mcm2 ader..

senak dah perut pagi2 ni...
alhamdulillah......




ada tosai



kuah kari, nasi himpit, kuah kacang , spagheti

kuey tiaw jgk woo


spagheti ni..



ni la semuanya..
bnyk kan..
sampai ke petang la makan.

luper lak..airnya air oren.

dah macam jamuan raya kan..






terima kasih kepada kak prema
yang telah bermurah hati

membelanja kami..huhuhuh

kuah spagheti tu
haku yg wat tau,


hahaha,,korang caya la k..



selamat menjamu mata yaa....

Jumaat, Julai 16, 2010

kenaikan bahan bakar dan gula


semalam kerajaan telah mengumumkan akan kenaikan bahan2 bakar dan gula di negara ini.
ini adalah bagi mengurangkan subsidi yang di tanggung kerajaan.

bagi petrol Ron 95 kenaikan sebanyak 5 sen sehingga menjadi RM 1.85.
Petrol ROn 97 Rm 2.10.
Gula lak jd RM 1.90.



lepas ni isi RM 10 minyak bru dapat 5.41 liter.
dulu RM 10 dpt 5.56 liter,,,kire takder
nsibla aku pkai kereta guna minyak ron 95 jer..
pakai ron 97 mau sakit jgkla..

mlm td lepas dgr jer hrga minayk naik,aku terus g isi minayk kereta
dptla jgk nak isi penuh..
tp semalam tak berapa ramai orng isi minyak,
tak mcm msa jadi RM 2 lebih tu..
hbs jem semua stesyen minayk.

lepak minum pun lepas,ni teh o ais pun dh naik hrga,
baik minum teh ais jer terus..huuhuhhu
sedap jugak,
tp kerajaan dah beri amaran kepada setiap peniaga kedai makanan agar tidak menaikkan hrga makanan walupun harga gula naik.
tp dikira balik kan nak buat air teh o ais tu tak smpi RM 1.00 pun.
air suam 5 sen
gula 10 sen
ais 10 sen
teh 10 sen
bru jadi hrga 35 sen
campur straw 10 sen
bru 45 sen.
em dh bnyk untung woo.
dah 60 sen untung kat situ.
10 orng minum dh jadi Rm 6.00
klu 100 orng minum
dah jadi Rm 60.00
wow..hahahahaha





hrp2 ader la bonus tahun ini..
huhuhuhuh
sajer2 nk conteng kat dinding ni..

Isnin, Julai 12, 2010

berakhir sudah demam WC2010


mlm tadi perlawanan terakhir wc 2010
spain vs belanda.
yang mana Spain telah berjaya menjadi juara.

sejarah untuk spain..first time masuk final terus jadi champion..
thanks untuk iniesta..
jaringan kemenangan pada minit ke 116...



The Spanish celebrating after lifting the trophy

champions world cup 2010


tak sia2 la aku berjaga mlm tadi..
pg td g keje mata kuyu jerk..
hahahaha
nsibla tak terlelap.

arigos LA ROJAS..




habis sudah demam world cup kali ni..
tp pg td aku betul2 mcm nak demam jerk..
nsibla tak teruk sngt..


Jumaat, Julai 09, 2010

facebook di dunia haiwan.



Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang
tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…


Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..



Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak: isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam: Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru


Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap
malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,
sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku
Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink
panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun
tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2.
...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas
keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al
Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


just for popcorn...huhuhhuuhhuhu......