Cari Blog Ini

Rabu, Jun 30, 2010

Pusingan Suku AKhir WC 2010

pagi telah berakhir perlawanan terakhir untuk second round diantara sepanyol dan portugal yang berkesudahan spain menang 1-0 dgn portugal..
8 pasukan akan beraksi di peringkat suku akhir kali ini..


1) Brazil vs Belanda (2/7/2010,,,10.00pm)
2) Uruguay vs Ghana ( 3/7/2010,,2.30am)
3) Argentina vs Jerman (3/7/2010,,10.00pm)
4) Paraguay vs Spain (4/7/2010,,2.30am)


aku punya prediction team yg akn ke semi final adalah Brazil,Ghana,Argentina dan Spain..
Korang Lak mcm mana?


tahniah kepada pasukan Jepun(samurai blue),pesembahan yg hebat,walupun kalah pada penalti saja..ish2...




world cup kali ini nak sampai dah ke penghujungnya..harap2 team brazil leh jadi champions untuk kali ke 6.wakawakawaka..eh.eh.. target Spain Vs Brazil di Final...

Jumaat, Jun 25, 2010

KEZUTAN WC 2010

world cup kali ni telah melakarkan banyak kejutan dah jadi macam kejutan af lak..huhuhu.
pasukan2 pilihan seperti perancis dan itali yang merupakan finalis pada edisi 2006 telah gagal untuk melayakkan diri ke pusingan sterusnya.

dan pasukan bukan pilihan atau underdog telah layak ke pusingan ke dua seperti uruguay,korea selatan,amerika syarikat,slovakia,paraguay dan jepun.

aku agak berasa terkejut bila ader dua pasukan dari asia telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ke dua. pergh gempak tol la pasukan asia ni..hrp2 malaysia bolehla meningkatkan pasukan mereka lagi.

malam ni perlawanan untuk group g dan h..adakah sepanyol akan mengikut jejak perancis dan itali..sama2la kite tngk yer.



bookie2 judi bnyk rugi woo...2 big team semua dah pulang awal..huhuhuu
jgn la berjudi bola sepak k...

Isnin, Jun 21, 2010

kemeriahan piala dunia 2010

bila musim world cup semua pemain bola sepak teruja jika dapat bermain bersama pasukan negara masing2 yang telah melayakkan diri..
tetapi pemain2 yang tidak terpilih mungkin sedikit berasa kecewa kerana tidak dapat untuk berbakti kepada negara mereka..

di brazil, negara yang dikenali kerana memiliki ramai pemain berbakat. tetapi nma2 besar seperti ronaldo,ronaldinho,adriano, marcelo dn lain2 yng tidak dapat terpilih..

mereka semua telah menggunakan masa cuti ini dgn berehat di kampung masing2 bersama awek2 n keluarga mereka..
mereka juga telah menonton world cup di kedai2 mamak di kawasan mereka..
kedai2 mamak di sana telah membuka satu skrin besar untuk pelanggan2 mereka menonton bola sepak.

pada masa itu jgk.bnyk kedai mamak telah membeli tv flat skrin yang baru bagi memenuhi setiap sudut ruang di kedai mereka..perkhidmatan wifi jgk telah di beri secara percuma..ini bagi membolehkan ronaldinho mengupdate statusnya di facebook..tetapi ronaldo masih belum mempunyai akaun facebooknya..dan telah meminta rakan2nya membuat sastu untuknya agar dia dapat mencari kwn2 lama di sekolahnya dulu.

fenomena ini juga telah berlaku di negara2 eropah, di perancis karim benzema dgn samir nasri telah becadang untuk tidak datang ke afrika bagi melihat pasukan mereka beraksi,,tetapi hnya memilih kedai mamak di area paris untuk melepak tngk bola..tetapi mlngnya psukan mereka dijangka pulang awal sekali lagi setelah tewas dan seri dalm 2 perlwanan.



restoran mamak tmpat pemain2 bola yg x g piala dunia melepak..
restoran ni telah berjaya memperluaskan empayar mereka
sehingga ke seluruh dunia.



restoran mamak menjadi tumpuan utama untuk menonton bola sepak..
ader psng skrin gergasi lagi..
kat tmpat aku siap pasng tv lcd bru lagi..

hampeh jerk.hehehe

Jumaat, Jun 18, 2010

kekecewaan pada pasukan benua ASIA

emm..game yang menarik telah ditunjukkan oleh pasukan bimbingan diego maradona..
kehebatan messi dalam melakukan gerakan2 yang menarik memang terbukti pada game mlm tadi..memang best the world...

hatrik pertama untuk piala dunia 2010 telah dilakukan oleh gonzalo higuain..gol2 dijaringkan pada minit 33,76,dan 80....satu lagi gol argentina telah di jaringkan oleh park chu yong (own goal)

gol pasukan korea telah dijaringkan oleh park chu yong pada minit ke 46,..

argentina menjadi pasukan pertama melayakkan ke pusingan kalah mati..
harap2 korea dpt memfolokan pasukan mereka untuk layak ker pusingan ke 2..untuk membuat kejutan dlm world cup kali ini..ini bgi menjeleskan lagi pasukan bola sepak malaysia kerana pernah menewaskan korea pada tahun 80an..tapi itu dulula..skrng terlampau jauh rangking malaysia dgn korrea,,tak tahu mna silapnya..ahchumm...



messi dikawal 4 orng player korea






agak kecewa dgn kekalahan pasukan korea..tp argentima memang satu pasukan class dunia..tp korea klh dgn penuh kebanggan...ish....

maradona sayang semua.....

Selasa, Jun 15, 2010

keBanGGaaN BenuA ASIA

KOREA SELATAN
(taeguk Jeonsa = Taeguk Warriors)

tidak boleh di sangkal lagi kehebatan korea selatan. jagoan asia ini telah berjaya memecah tembok bola sepak dunia yang di monopoli oleh benua eropah dan amerika selatan. kejayaan korea menewaskan juara eropah 2008 greece (2 : 0) telah membuatkan pasukan ini akan lebih diperhatikan oleh pasukan2 yang lain. korea yang mempunyai persefahaman dlam pasukan yang mantap dan semangat berjuang yang tinggi adlah salah satu karekter dalam masyarakat korea. semoga pasukan korea akan pergi lebih jauh pada edisi kali ini dan akan mengulangi kejayaan pada edisi 2002.


JAPAN
(Samurai blue)

satu lagi jagoan benua asia yang telah menonjolkan pasukan mereka dalam edisi piala dunia kali ini..malam tadi kejayaan menundukkan pasukan cameron 1 : 0 membuatkan satu lagi kejayaan pada benua asia. kekuatan jepun adalah pada semangat samurai pada setiap pemainnya. semoga jepun akan mengorak langkah lebih jauh lagi pada edisi kali ini..

Isnin, Jun 14, 2010

kotak pemikiran manusia

baru2 ini akak aku telah selamat melahirkan anaknya pada10.6.2010.
dan secara automatiknya aku telah menjadi pakcikla kan.
akak aku dpt anak perempuan.
comel betul baby ni aku tengok.


sejenak aku terfikir apabila terpandang wajah baby itu yang baru lahir ke dunia ini,
dengan muke yang comel,
kulit yang lembut,
dan memang cutela


tetapi masih tergamak segelintir manusia yang sanggup
membunuh bayi
membuang bayi
mendera bayi


tertanya-tanya dalam mindaku.
tiada perasaan belas kasihan dan kasih ke mereka yang telah
membuat perkara-perkara tersebut

layakkah mereka yang bergelar manusia ni dipanggil manusia lagi,
manusia yang diberikan akal fikiran berbanding dengan makhluk lain yang telah diciptakan oleh-Nya




semoga mereka ini dapat menyesali segala perbuatan yang telah mereka lakukan.

Selasa, Jun 08, 2010

DEMAM PIALA DUNIA

Sempena kejohanan bola sepak piala dunia 2010 yang akan berlangsung di afrika selatan ini,
satu penyakit kebiasaanya akan muncul yang dikenali sebagai demam piala dunia.

penyakit ini akan melanda seluruh dunia,tidak kira di timur leste,tazmania(mlm td friendly dgn brazil), al kisah malaysia sekalipun,walaupun semua serba maklum bahawa pasukan bola sepaknya bukanlah yang menyertai kejohanan tersebut.

demam ini dijangka akan berlarutan selama lebih kurang sebulan, dan bahang2 demam itu lebih awal melanda dari yang dijangkakan.

antara tanda2 awal di jangkiti demam piala dunia :
  • pembelian jersi pasukan bertanding di piala dunia
  • perbincangan tentang bola sepak di kedai lepak
  • permohonan cuti (kepda yg bekerja)
  • dll
simtom penyakit ini lbih bnyk menyerang lelaki berbanding dgn wanita..
penyakit ini boleh dikwal lg dan tidak akan berjangkit di antara satu sama lain..
pembawa2 penyakit ini mugkin akan lebih gemar untuk melepak di kedai mamak sehingga awal pagi.

demam ini mungkin akan berakhir pada 13 julai 2010 ini..dan mungkin juga berlarutan kepada 2 ke 3 minggu ke hadapan.


selamat menonton bola sepak piala dunia 2010 afrika selatan..
aku target spain dgn brazil di final..

Khamis, Jun 03, 2010

tahukah kita?

untuk rekod sehingga tahun 2010,
kereta BUGATTI VEYRON masih mengekalkan
selaku kereta paling mahal di dunia iaitu berharga
$1,750,000 USD = RM 5,707,590.00.
ia dikeluarkan oleh BUGATTI automobiles SAS,di bawah kelompok volkswagen dan pengeluarannya di mulakan sejak september 2005.
Sebagai kereta super,kereta ini mampu memecut 0-96 km/jam dalam tempoh 2.5 saat.
berkapasiti 8.0 lliter,kereta ini juga mencatat kereta kedua paling laju selepas
SSC Ultimate Aero.......!


cantik betul......

to cool...


pergh cantik betul kereta ni..dpat tngk gmbr jer..
tp klu dapat tesst drive bst jgk ni..hahahaha

Rabu, Jun 02, 2010

KOPEKKAN DURIAN DI KELANTAN


kisah dua sahabat yang dibesarkan di kawasan kota yang dikenali dengan kuala lumpur. mereka adalan ajim dan sarif..
sarif berkerja sebagai konsultan yang sering merantau di seluruh negeri dalam malaysia.
manakala ajim bekerja di sebuah syarikat swasta di kuala lumpur.
dipendekkan cerita, ajim ni teringin sangat untuk pergi bercuti ke negeri kelantan, kerana beliau tidak pernah pergi ke sana.maka,

ajim : sarif jom kite g bercuti kat kelantan, orang kate kat sna brng murah2, aku tak pernah g sana. ko kan selalu g sana, bolehla bawa aku sekali nnti ya..

sarif : ok tak der msalah der,bila kite nak g tu?

ajim : cuti hujung minggu ni, 2 hari cukupla.

sarif : oraight,no prob,,kite gerak hujung minggu ni k..

ajim : cantik..thank you bro.

bergerakla 2 sahabat ini ke Kelantan pada cuti hujung minggu tersebut. tempat persinggahan pertama mereka adalah di pasar siti khadijah tu. ketika meronda2 dlm kawasan pasar tersebut ajim terjumpa seorang makcik yang sedang menjual durian. di sebabkan teringin untuk makan durian, beliau pun pergilah ke gerai makcik durian tu.

ajim : salam makcik. berapa yer harga sebiji durian ni?

makcik : sebiji makcik jual 10 ya,anak nak berapa biji?

ajim : klu mcm tu kasi saya 3 biji yer makcik!

makcik : nah nak 30 ya semuanya..

ajim : em..boleh tak makcik tolong kopek buah ini?

makcik : apa anak ni cakap?

ajim : boleh ker makcik kopek buah ni, saya nak rasa buah durian ni.

makcik :mu ni napo. makcik takde jual kopek, makcik jual durian jer.

ajim : bukan..sya nk rasa buah durian ni,tu yg mintak makcik kopek kan.

makcik : kurang asam punya budak, makcik dok jual kopek,durian jer. mu nak kopek g carik tempat laing.

ajim dgn perassan yang kehairanan telah membelahkan dirinya dari gerai makcik yang tegah hot tu dan pergi mencari sarif. maka diceritakanla perkara tersebut kepada sarif.

ajjim : bro tadi aku singgah beli durian kat gerai makcik tu?

sarif : berapa biji ko beli?

ajim : 3 biji jer. tp aku pelikla..

sarif : lorh..knp lak ko pelik?

ajim : td aku mintak tolong makcik tu kopekkan sebiji durian ni,aku nk rasa.tp dia mrah lak kat aku..kehairanna jgkla aku sekejap.

sarif : ceh, memang patutla makcik tu marah kat ko, ko nak barang yang tak boleh di ambik. kopek kat negeri kelantan maksudnya buah dada la sengal..

ajim : patutla..mna la aku tau, pergh nasib baikla dia tak tunjukkn kat aku parang td,mau berlari aku satu pasar ni..hahahahahaha

sarif : hahahaha..hambik ko..



nota : sediakan payung sebelum hujan,peaces
hanayalah rekaan semata-mata tiada langsung yang berkaitan samada yang hidup maupun dah mati

TIMUN CINA...(pengetahuan hari ini)


Pak Nik singgah di kedai buah-buahan berhampiran kawasan perumahan anaknya.

Penjaja : Dari mana Pak Cik ? nak carik buah apa yer?

Pak Nik : dari Kelantan..nak carik buah sikit untuk cucu ni.

Penjaja : oh. Cucu pakcik suka buah apa agaknya?

Pak Nik : Ni yang tengah tengok-tengok ni. Bagi pakcik oren 10 biji,epal 5 biji.

Penjaja : Saya bungkuskan...yang lain? Pisang ke,anggur ke?

Pak Nik : Ha bagi timun cina tu sebijik.

Penjaja : Timun?

Pak Nik : Ho laa....hok kecik dah la. cucu sulung tu aje yang gemar, yang berdua lagi tu tak berapa nak suka.

Penjaja : Maaf pakcik tak jual.

Pak Nik : Tak Jual?

Penjaja : Ya, tak jual, kat pasar depan tu adalah. Saya tak jual sayur.

Pak Nik : Saya taulah anak tak jual sayur...saya nak timun cina, bukan sayur.

Penjaja : Timun saya tak jual. kalau dalam pasar tu adalah. Ada orang cina jual sayur dalam pasar tu..adalah timun cina.

Pak Nik : kalau tak jual kenapa letak bertimbun tu? dah ada orang ke? banyak tu kalau dah ada orang pun, boleh ke agaknya ambik sebiji yang kecil..banyak tu.!

Penjaja : Tak ada pak cik. macam mana saya nak bagi. barangnya pun tak ada!

Pak Nik : tu yang bertimbun tu? bukan awak punya ke?

Penjaja : Yang itu? yang itu saya punya.

Pak Nik : Jual ke?

Penjaja : Jual, Pakcik nak ke?

Pak Nik : tadi kata tak jual?.

Penjaja : yang saya tak jual timun cina, yang itu tembikai bertimbunla.

Pak Nik : Ha! Ha! Ha! Timun cina tu tembikai le. Orang sini panggil tembikai, orang Kelantan panggil timun cino! Maaflah ... pak cik tak sengaja tersebut timun cina tadi, pak cik dah cakap baku dah tadi tu ... tu sebab sebut timun cina bukan timun cino ... rupa-rupanya silap juga ... tembikai.

Penjaja: Ha! Ha! ha!.. tembikai rupanya, saya ingat pak cik nak beli timun yang buat sayur tu. Terima kasihlah pak cik. Saya belajar perkara baru hari ni. Lain kali boleh guna perkataan ni .... barulah jadi satu Malaysia!

Pak Nik: Ho la ... betul tu, .... so Mesia!!




p/s : pergi ke tempat orang jangan cakap sembarangan.


Selasa, Jun 01, 2010

cukai tanah


Pernah tak dengar pasal cukai tanah.?
cukai tanah dikenakan kepada setiap pemilik tanah..tak kisahla tanah kebun kelapa sawit ke,tanah kebun sayur,tanah bendang,tanah tapak perumahan ke kecuali tanah kubur.
wajib di bayar setiap tahun mengikut nilai yang telah ditetapkan. akan dikenakan denda lewat jika membayar selepas 31 mei setiap tahun.
jika korang ader terjumpa bil seperti di sebelah dan masih belum berbayar lagi,,cepatlah selesaikan membuat pembayaran di unit hasil pejabat daerah dan tanah yg berdekatan.
selesaikan cukai tanah sebelum menjadi tunggakan dan dikenkan tindakan perampasan tanah. sekian..harap maklum



nota: inilah tugas aku wat masa ini..

Janda Yang Kehausan..tet..tet..tet...



bermula lah kisah seorang pengerusi atau ceo satu syarikat yang agak terkenal di Malaysia(nama syarikat dirahsiakan) yang agak berumur dalam lingkungan 50an ke 60an. beliau adalah seorang bujang.(mungkin beliau terlalu memilih sampai tak sempat nak pilih calon)

dipendekkan cerita, setiausaha beliau yang lama telah memohon meletakkan jawatan kerana telah mendapat pekerjaan baru yang lebih bagus. Dan selepas itu kekosongan jawatan itu telah diiklankan. Maka banyakla permohonan telah dihantar, selepas melalui proses pemilihan dan temuduga maka beliau telah memilih seorang calon wanita yang berumur dalam lingkungan 20an yang memang cantik dan seksi.

maka bekerjalah wanita tersebut bersama dengan beliau. Dalam diam beliau telah memendam perasaan terhadap setiausahanya mungkin kerana keinginan beliau unutk berkahwin telah sampai. selepas itu berkahwinlah mereka dalam suasana yang agak mewah dan meriah. maka ceo tadi telah mewariskan segala hartanya kepada isterinya.


ajal adalah kuasa Tuhan, maka tak sampai usia perkahwinan menjangkau 1 tahun, meninggal dunia ceo tersebut dengan meninggalkan seorang isteri. Maka menjadi jandalah isteri ceo tersebut. segala harta peninggalan ceo itu telah mnejadi hak isteri beliau.


Perkara ini telah membuatkan adik beradik kepada ceo tersebut menjadi marah dan cemburu kerana telah mendapat tau bahawa ceo tersebut telah mewariskan segala hartanya kepada isteri beliau tanpa meninggalkan se sen pun kepada adik-beradiknya.


berbagai-bagai cara telah dilakukan untuk menjatuhkan hak isteri tersebut seperti bertemu dengan bomoh agar janda tersebut akan mati dan segala harta akan jatuh ke tangan mereka.

Pada malam tersebut janda tersebut merasakan badannya terasa kepanasan, tekaknya merasa begitu kering dan perkara tersebut telah menggangu tidurnya,,.....


maka beliau telah bangun dari tidurnya dan terus menuju ke peti ais untuk minum bagi menghilangkan kehausannya..begitulah cerita janda kehausan....


sebarang komen bolehla kasi k..hakahkahak




peminat setia spongebob..

mana
patrick ?
gary?
mr crab?
squidword...
huhuuhuhu