Cari Blog Ini

Jumaat, Oktober 15, 2010

Amazing Race Asia



saper layan amazing race ni??
hahaha,,syok kan.
sekarang dah masuk season ke 4 dah.

malam tadi depa berlumba kat area sri Lanka,
macam2 aksi la.
tp paling kelakar bagi aku partner husband and wife, hida and ivan.
dari minggu pertama sampai ke minggu ke 4, ader je aksi yang boleh wat gelak.

tapi first team aku sokong hairie dan ethan(sebab dari Malaysia)
dan second team hilda and ivan,diorang ni banyak luck la.

mlm tadi team dari hong kong dah terkeluar (alan n wendy).
diorng ni takder persefahaman la,(nama je pacaran)hahahaha

jom kite tengok amazing race asia season 4
di channel AXN,kol 9 malam. hari khamis.


Isnin, Oktober 11, 2010

mari berfikir..


macam mana aku nak lajukan kipas ni yerk..
boleh pinjam remort control.....



just for fun.

kenapa tak boleh ELOK.

heran dan pelik jgkla aku..hari dah masuk minggu ke 2 traffic light kat area tempat aku ni tak boleh pakai lagi.
kawasan tu adalah laluan utama jgkla.laluan nak ke sekolah,nak ke pekan.nak ke jabatan kerajaan.anyway laluan utama aku nk hntr adik aku g sekolah,nk g ofis aku..ish..ish..

teruk sangat ke kerosakannya.!!!!!

pasal kerosakan traffic light ni, satu nyawa telah melayang(al-fatihah),
satu kemalangan jgk telah berlaku, nasibla tak mati.

selepas ade kemalangan yang maut tu, elok sekejap..tp keesokannya rosak balik.
sibuk sngt ke (jabatan yang terlibat) sampai tak sempat nak membaikinya.
takkan nak tunggu sampai ramai lagi yang kemalangan.

pagi tadi aku lalu lagi kat jalan tu, ingt dah elokla, tp lagi teruk, sampai tak menyala langsung lampunya, sebelum ni ada gak lampu kuning tu berkelip-kelip.

dalam masa 5 ke 6 hari takkan takder tindakan nak diambil kot. paling koman mintak la polis traffic jaga lalulintas pada waktu2 kemuncak. ni polis pun tak nampak bayang.

yang ni pun satu hal, boleh wat punca eksiden..
sikap pemandu , macam cilakak jerk.
dah tau kawasan tu simpang empat bagila keutamaan pada laluan utama dulu, ni tak semua nak main keluar kepala dulu, badjet kenderaan dari laluan utama tu nak slow, kalau kereta okla lagi, klu lori, tak sempatnya nak brek, mau terbabas jgkla. macam tak pernah lalu simpang empat yang takder traffic light jerk.

pagi tadi, aku melakukan rutin harian, hantar adik aku pergi sekolah, smpi kat traffic light rosak tu dptla aku stop yang bahagian depan sekali,belakang aku ader makcik tu, boleh pulak ader makcik tu main hon-hon, padahal kereta kat laluan utama tu punyala banyak lagi, tak reti sabar, klu dah tersangkut kat tgh jalan tak ke naya,
bila dah area traffic light, mestila kawasannya besar, nak keseberang kene lintas dalam 6 lorong jgkla. elok belah kanan kosong, tak tentu belah kiri tu kosong, tu yang boleh tersangkut kat tengah2 jalan. aku selaku pemandu berhemah dan telah membawa penumpang(adik aku yang akan mengambil exam PMR) haruslah memastikan jalan tu betul2 selamat, barula aku melintas. elok jerk melintas, aku slowkan kerta, nak usha makcik yang kelam kabut tu. tak berani lak dia nak pandang aku. sabar jerla.


harap2, hari ni elokla traffic light tu,
tak derla menyusahkan pengguna-pengguna.
aku bukan apa, taknak la ader yang mati lagi disebabkan kerosakan itu.
pasal warga emas yang mati tu, ayah kawan aku..alfatihah.