Cari Blog Ini

Jumaat, Julai 29, 2011

Akhirnya..sampai disini sahaja

aku nak kate kecewa..takderla sangat. tapi sikit tu aderla jgk.
sebab aku dah letak harapan tinggi untuk melihat harimau Malaya mengaum besar di Bukit Jalil Malam tadi..tapi apa kan daya..tiada rezeki untuk pasukan Malaysia..hanya sampai ke pusingan ke-2 sahaja.uwaaaaaaaaa.....

tapi hasil sembang-sembang dengan member-member yang menemani aku malam tadi, banyak menyatakan bahawa game Malaysia tidak seperti biasa yang diorang main. kehilangan safiq rahim memang amat dirasakan.

tapi aku harap semangat juang pemain Harimau Malaya tidak akan berhenti disini..teruskan perjuangan, masih banyak lagi pertandingan yang perlu ditempuh. aku dengar lepas ni ada kelayakan untuk piala Asia 2015 pula. semoga pasukan Harimau Malaya dapat melayakkan diri secara merit ke piala Asia 2015.

Malaysia....tanah tumpah darahku.

Rabu, Julai 27, 2011

ROad tu world cup 2014

member gua inform duit yang gua bagi beliau semalam
telah bertukar dengan tiket bola untuk game esok.

so gua rasa berbangga apabila dapat tiket tersebut,
berbanding rakan2 lain yang gagal untuk mendapatkannya.
sebab gua dgr berita tgh hari tadi tiket telah habis dijual sebanyak 85 ribu sebelum kol 12 tadi.

sok gua akan gerak dari kol 11 pagi..dijangka menjejakkan kaki di bukit jalil dalam kol 4 ptng.wuhuuuu

bukit jalil tunggu.....aku datang.
selamanya Malaysia...

Khamis, Julai 07, 2011

Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia

Seperti semua sedia maklum Skuad olimpik Malaysia telah layak
ke pusingan akhir kelayakan olimpik 2012 bagi zon Asia.
Baru tadi selesai undian untuk group kelayakan bagi zon Asia.

Pasukan Malaysia telah diletakkan dalam group C bersama
1- Jepun
2- Bahrain
3- Syria

Dari undian ini aku nampak ada sedikit harapan untuk Pasukan Malaysia
bagi mengulangi sejarah untuk layak ke sukan olimpik.

kamon Malaysia ,,u can do it...
tanah tumpahnya darahku Malaysia.