Cari Blog Ini

Selasa, September 28, 2010

Sukan Komanwel 2010

sukan komanwel adalah sukan yang diilhamkan oleh british..
penyertaan sukan ini adalah terhad kepada setiap negara yang pernah dijajah oleh british.
sukan ni lain sikit, sebab tak melibatkan kedudukan geografi setiap negara, seperti sukan sea or sukan asia..

Malaysia pernah menjadi tuan rumah untuk sukan komanwel ke 6 pada tahun 1998.
tetapi untuk edisi kali ke-9 ini, New Delhi telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun 2010.

tapi belum lagi bermula kejohanan macam2 hal telah berlaku..yang terbaru aku baca, jumpa ular tedung cobra pulak kat area tenis. tak ke naya, elok2 tengah main tenis, kene patuk pulak oleh ular tedung tu,,boleh bawak mati woo..

gambar dipetik dari kosmo ular tedung cobra.

sebelum tu, ada juga report dari atlet afrika kot tak silap, jumpa ular kat bilik tidur dia, makin takut la atlet nak beraksi lepas ni.huhuhuu

semalam agak kelakar jugakla. ade pulak katil patah kat perkampungan sukannya. atlet angkat berat india kot yang baring atas katil tu, maybe depa pasang katil rejectla ni, sekali yang dok baring kat situ orang yang berat habis lah patah katil tu.kuikuikui.
masalah-masalah..

ramai jugak atlet yang bertaraf dunia telah tarik diri, macam usain bolt, rugila kalau tak dapat nak tengok dia berlari, laju gila dia lari, aku rasa rekod dunia yang dia pegang tu, akan dipecahkan oleh dia sendiri.



usain bolt dengan masa larian terpantasnya

banyak lagi atlet2 hebat telah menarik diri, maka telah hilangla seri sukan komanwel pada kali ini.

ancaman-ancaman keselamatan dan kesihatan telah menjadi punca utama begitu ramai atlet telah menarik diri. tak pasal2 sampai kat sana terus jadi tebusan, takpun balik2 dari habis kejohanan kene demam denggi, sebab mengikut rekod, India adalah negara yang mencatat rekod jangkitan demam denggi yang tertinggi lak tu.



Bolehkah pasukan Malaysia mencapai sasaran?
harap-harap atlet Malaysia bersedia dari segi fizikal dan mental.
Malaysia boleh kan!....


Isnin, September 13, 2010

pembunuhan yang tragis..

"ingat kisah bunuh macam ni hanya dalam filem jerk, tak sangka dalam dunia realiti pun ade" kate adik aku..

ngeri betul bila dengar kisah pembunuhan datuk sosilawati dan 3 yang lain.
makin berani orang2 zaman skrang ni..dahsyat2. (ade unsur pengaruh fiem jgk kot ni, nak hilangkan bukti kan)...

setelah dibelasah dan dibunuh..
keempat-empat mangsa dibakar pulak..
dah di bakar, di buang lak abunya ke dalam sungai..uish..ngeri betullla..
dah macam tengok citer tamil lak cara pengebumiaannya..


harap2 di jauhkan la dari perkara2 macam ni..
manusia semua akan mati.
hidup di dunia hanya sementara..

notes : bahaya jgk kan bila dah jadi kaya ni,,banyak lak yang dengki.

Khamis, September 09, 2010

cerita hari raya pertama..

mesti banyak kenangan kan masa raya ni..
ader yang manis ader yang pahit..
tp aku ader kenangan pahit kira-kira 12 tahun yang dulu la jgk.

selalu aku beraya pertama di kampung.sebab masa tu masih ader atuk n nenek lagi..
sepertia biasala..
bangun pagi dalam kol 7 pagi...
pergi mandi sunat aidilfitri,
bersiap pakai baju raya ..luper lak aku warna apa tema masa tu..
lepastu pergi makan lauk-lauk wajib di pagi hari raya.apa lg klu bukan rendang..hehehehe..
selepas makan bermaaf-maaffan.best lagi masa ni sebab dapat duit raya..huhuhu..tak nangis pun masa salam..happy jerk..hehehehe


dah siap segalanya..
yang lelakinya bergerak la ke surau di hujung kampung,
kat kampung aku ni..memang raya pertama dah ada baraan.
pergila setiap rumah..masuk umah ni makan,makan.masuk umah ni makan..macam-macamla makanan dah masuk ke dalam perut ni..

sampai jer satu umah ini, aku dah kenyang, tapi still naik lagi umah ni,
mana tau dapat duit raya bila balik nanti,
aku tak masuk umah makan,just lepak kat beranda jerk..
aku carik port kat area beranda tu,nak duduk..
dapatla satu port duduk atas palang kayu yang owner umah ni wat mcm penghalangla jgk.
elok aku duduk dalam 2 saatla, cousin aku pun nak join,
tak sempat dia nak duduk....prappp aku dah jatuh kat bawah tanah..
pergh agak tinggila jgk. dari atas tanah tu..sampi ke beranda tu adala dalam 3 meter.
standard umah kampungla klu korang tau..
dah la jatuh atas batu tanah merah,
elok jer bwah kepala aku ader batu besar,boleh bocorla jgk kepala,
nasibla time jatuh tu kepala aku mendongak,takderla kene kat batu tu..
tapi bontot aku..pinggang aku memang sakit jgkla..
dah sudah jd kecoh kat umah tu..huhuhuhuhu

2 hari jgkla terasa sakitnya badan,akibat jatuh tu..
punca aku jatuh tu, sebab kayu tu tak berapa kuat di paku.tu yang jadi longgar, kayunya pun takder la besar sangat.
tahun berikutnya aku lalu kat umah tu, aku tengok dah siap dah berandanya, dah cantik lengkap dengan dinding sekali.hehehehe..thanksla owner umah..leh aku duduk situ lagi.hehehehe


aku join baraan sampai aku form2 jerk..
tahun berikutnya pergi sembahyang,terus balik umah..huhuhuh
tapi kalau aku nak balik kampung mesti aku tengok umah tu,,betul2 kenanganla.



bersyukur sangat tak ada apa yang patah masa tu,
klu tak beraya kat hospitalla jugak..hahahaha



p/s kalau nak duduk kat area beranda pastikan strukturnya kukuh..heheheheeh



selamat hari raya aidilfitri
..

Isnin, September 06, 2010

salam aidilfitri

bila dah nak raya ni..masing-masing nak hantar sms raya kat phone..
tp pada malam raya selalunya memang susahla nak dapat line..terlalu BZ..knp la? padahal masa tula bnyk onrg nk pakai prepaid..hahahahah(rugi-rugi)..

sekarang orang nak beli kada raya pun malas,,semua guna sms jerk..

antara mesej2 hari raya :-

Kambing ranggi nail LRT,
Katak Pisang tercekik tulang,
walau sms saja yang diberi,
itu tandanya ingatan tak hilang..
salam lebaran..maaf zahir dan batin.

mungkin ada lisan yang tak terjaga,
janji yang tak tertunai,
hati yang berprasangka,
dan salah yang pernah dilakukan,
mohon maaf zahir batin...

walau jauh bukan halangan,
sms dihantar tanda persahabatan,
ku pohon maaf selama berkawan,
salam aidilfitri tanda ingatan.

versi banjar..
tulak kakadai manukar hintalok,
wadai kipeng dihiga pangkin,
beraya kita mulai isok,
berilaan kita,jahir dan batin.
mahap leh dari kamek.


macam2 lagi jenis mesej ader kan,
yang penting kite saling bermaaf-maafan di hari lebaran ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mintak Maaf Zahir Dan Batin.